Categories
Komponen Soalan

Kenapa Kipas Rosak Paip Bocor?

Kami membuat satu ujikaji berkenaan hubung kait antara satu kompenen yang penting iaitu ‘condenser fan’, atau ‘radiator fan’.

Kebiasaanya, kompenen condenser fan tidak jelas kelihatan kerana terletak dii bahagian dalam enjin, atau di belakang front grill kereta. Ada sesetengah kereta pula, condenser dan radiator disekalikan, atau diasingkan mengikut pembuatan pengilang masing-masing.

Fungsi utama kipas ini adalah untuk menyejukkan gas R134a  yang masuk ke dalam condenser.

Apa akan terjadi jika kipas ini tidak bekerja dengan baik? Atau putaran kipas tidak cukup laju?

Hos paip ini akan berpotensi untuk bocor. Bagaimana paip ini akan bocor?

Ujian pada kali ini menggunakan MyVi  dengan meter 1000RPm, serta sambungan suction dan discharge port pada diagnos machine.

Bagi keadaan normal ini, bacaan HP pada mesin adalah antara 11-12.

Apa yang berlaku jika kipas tidak berfungsi dengan baik?

Seterusnya, ujikaji diteruskan dengan mencabut bekalan elektrik kepada condenser fan menyebabakan condenser fan tidak dapat berputar. Condenser fan mati,  dan enjin dihidupkan.

Bagi keadaan ini, bacaan HP pada mesin naik mendadak! Bacaan naik begitu cepat sehingga ke 24 atau 25. Dan kereta Ini masih di dalam keadaan ‘idling’, tidak bergerak.

Bayangkan jika kereta sedang bergerak!

Ini menyebabkan, aliran gas pada paip bertekanan tinggi dan bersuhu tinggi, dan menyebabakan kebocoran pada paip – samada clamp, o ring, kerana tekanan yang terlalu tinggi.

Hanya dengan rosaknya condenser fan, paip berpotensi tinggi untuk bocor.

Ikuti penerangan bervisual oleh Tuan Farish Hamzah di sini:

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Komponen

Diagnosis Aircond Kereta Tanpa Alat

Tanpa guna apa-apa, kita boleh diagnos atau selidik secara kasar tentang keadaan aircond kereta kita.

Pertama, sentuh dengan tangan pada liquid tube, sepatutnya boleh pegang dalam masa 5 saat, baru kita panas. Maknanya suam, antara kiraan 5-10 saat, kita masih boleh pegang tube tersebut. Test pertama menunjukkan ia berjalan dengan baik.

Kedua, discharge tube. Aliran dari compressor ke condensor, bermakna high pressure dan high temperature, sepatutnya lebih panas daripada liquid tube tadi.

Bagi kereta MyVi, pada bahagian lock bonet hadapan, cuba masukkan empat jari (dua pun ok dah) utama anda ke bahagian dasar. Kita sepatutnya rasa panas instantly, ayat mudahnya, tak boleh tahan langsung panas. Bermakna ia berkeadaan normal.

Apabila aliran daripada liquid tube lebih sejuk dr discharge, bermakna cooling coil bekerja dengan normal.

Ketiga, suction host atau pipe. Halakan tangan anda ke bahagian bucu kiri bahagian enjin, terdapat satu kabel besi yang keras. Pada keadaan biasa, ia kelihatan ‘berpeluh-peluh’ ataupun berair. Apabila dipegang, rasa sejuknya seperti ais.

Jika semua ini berlaku, bermakna sistem aircond kita berjalan dengan baik.

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Komponen

Kenali Compressor Aircond Kereta.

Mudah sahaja untuk kita mengenali compressor aircond ini. Pada compressor terdapat bahagian yang dikenali sebagai ‘magnetic clutch’.

Kemudian ada dua port untuk aliran keluar masuk, ‘suction’ and ‘discharge port’. Satu untuk masuk dan keluar.

Compressor pula ada pelbagai jenis.

Jenis yang pertama kebiasaanya ‘vane type’, terdapat satu ‘rongga mampatan’ pada compressor ini.

Jenis kedua pula adalah ‘Piston type’.

Itu sahaja.

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Komponen

Berbaloi ke cuci cooling coil?

Kami ada melakukan satu demonstrasi mencuci cooling coil dengan acid. Untuk ujian ini, kami menggunakan asid berlabel acidic 916. Terdapat satu nota pada botol asid tersebut iaitu “Sekiranya kotor yg terlalu teruk, boleh guna terus. Tidak perlu untuk campurkan dengan air”. Macam tu lah maksudnya.

Kami tuangkan asid ke permukaan cooling coil dan biarkan selama beberapa minit.

Apabila telah bersihkan, dan dibilas dengan air, kita tidak akan dapat bersihkan cooling coil sepenuhnya.

Jika sebelum ni tidak nampak apa-apa defect pada cooling coil ni, sekarang kelihatan beberapa kesan seperti kemek.

Kemudian, ujian ‘leak test’ akan dibuat. Kebiasaannya, akan ada bocor. Tak boleh guna jugak cooling coil ini, perlu ditukar juga. Itulah yang diterangkan oleh Tuan Ismail Hj. Ali di dalam video ini:

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Komponen Soalan Upgrade

Tambah Kipas Aircond Lebih Sejuk?

Ada pelanggan bertanya kepada kami,

“Kalau tambah kipas lagi sejuk ke nnt? Kipas kat condenser, bahagian depan tu.”

Ermmm. Subjektif ni.

Tetapi bagi kami, sebenarnya dengan menambah kipas ni, ia cuma mempercepatkan tempoh masa aircond untuk sejuk, anggaran dalam 2 hingga ke 3 minit awal. Dengan kata lain, sejuk cuma lebih cepat.

Untuk bagi aircond tu LAGI sejuk, kurang tepat kerana aircond mempunyai cara kawalan tersendiri, kawalan suhu, cut in, cut off, semua telah disetkan secara automatik.

Jadi, dengan menambah kipas tidak membuatkan aircond tu lebih sejuk, cuma sejuk cepat sedikit sahaja.

Tidak percaya? Tuan Farish Hamzah ada terangkan didalam video ini:

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Komponen

Kenali Komponen Aircond Kereta

Kita akan memperkenalkan sistem aircond di dalam kereta satu demi satu supaya lebih jelas di mana kedudukannya dan fungsi setiap komponen.

Kita mulakan dengan jantung sistem aircond iaitu ‘compressor’ (disebut kom-pres-ser).

‘Compressor’ akan menguruskan aliran keluar masuk gas, seperti mana jantung kita yang menjaga aliran keluar masuk darah.

Aliran gas keluar dari compressor akan mengalir masuk ke dalam komponen ‘condenser’ (disebut kon-den-ser). Di sini, gas R134a atau R12 disejukkan sebanyak dua kali. Pertama dengan putaran kipas condenser. Kedua, disejukkan daripada satu bentuk gas yang mampat ke cecair.

R134a atau R12 yang telah menjadi cecair yang sejuk ini akan masuk pula ke dalam penapis ‘filter dryer’, dimana kelembapan gas ditapis.

Aliran gas akan mengalir pula ke dalam ‘expansion block (atau valve)’ supaya dapat ditukarkan kepada sebagai satu semburan dalam bentuk kabus.

Kabus ini mengalir masuk ke dalam ‘evaporator’ supaya disini mudah nanti R134a atau R12 mengalami ‘boiling point’ seteruskan menyejukkan sistem.

Blower, di bahagian belakang ‘evaporator’ akan menolak angin sejuk yang kita rasai di dalam kereta supaya kita berasa selesa.

Aliran tersebut tidak berhenti disitu, aliran ini akan masuk semula ke compressor melalui proses yang sama.

Begitulah sistem asas untuk aircond bekerja.

Jom tonton video berikut untuk melihat penerangan Farish Hamzah dengan lebih jelas.

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Komponen

O-Ring: Kecil Tetapi Penting

Pernah kami dapat, kereta baru tapi gas aircond banyak hilang. Takkan komponen dah bocor?

Sebabnya masa pasang ada benda kecik yang terlepas pandang.

Jom kita belajar pasal O-ring ni. Benda ni kecil sahaja dan selalunya berwarna hijau bagi sistem yang menggunakan gas R134a. Kedudukannya adalah pada sambungan antara komponen-komponen aircond dan paip.

Bahannya adalah daripada getah dan lama-kelamaan boleh jadi keras atau putus. Itu yang menyebabkan bocor.

Satu lagi masalah yang selalu terjadi ialah semasa pemasangan tidak dilumurkan dengan minyak compressor. Ini menyebabkan o-ring menjadi keras lebih cepat dan berlaku kebocoran walaupun kenderaan masih baru.

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube