Categories
Berita

Perlibahasa

Peribahasa dulu; Marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Zaman sekarang; Marahkan aircond panas kereta dibakar.

Rugi je bakar kereta entah-entah tak sejuk aircond tu punca benda kecik je. Gas tak cukup, O-Ring dah reput. Tu semua senang je setel.

 

Sumber: Harian Metro

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Soalan

Soalan Dari Facebook: Masalah Asap Masuk

Soalan Tuan Ahmad Faizal dari Ampang, Selangor.

Faizal: Kereta saya asap lori atau bau busuk masuk dalam kereta. Adakah itu sebab condensor yg kotor?

Aircond Stazione: Takde kena mengena dengan condenser. Itu flap “recirculate” tak tutup rapat tu.

Faizal: Dah tutup rapat dah tuan. ke kena tukar filter mana mana?

Aircond Stazione: Flap tu ada span yg tutup angin luar drp masuk. Span yg koyak/reput pun boleh jadi angin busuk masuk

Faizal: Okay terima kasih tuan 

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Komponen

O-Ring: Kecil Tetapi Penting

Pernah kami dapat, kereta baru tapi gas aircond banyak hilang. Takkan komponen dah bocor?

Sebabnya masa pasang ada benda kecik yang terlepas pandang.

Jom kita belajar pasal O-ring ni. Benda ni kecil sahaja dan selalunya berwarna hijau bagi sistem yang menggunakan gas R134a. Kedudukannya adalah pada sambungan antara komponen-komponen aircond dan paip.

Bahannya adalah daripada getah dan lama-kelamaan boleh jadi keras atau putus. Itu yang menyebabkan bocor.

Satu lagi masalah yang selalu terjadi ialah semasa pemasangan tidak dilumurkan dengan minyak compressor. Ini menyebabkan o-ring menjadi keras lebih cepat dan berlaku kebocoran walaupun kenderaan masih baru.

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Gas

Jangan Isi Gas Sembarangan

Kalau isi gas tu jangan pergi kedai sembarangan. Kalau tidak jadi macam satu kes yang kami dapat tangkap ni. Macam-macam gas ada tapi satu pun bukan gas aircond!

Kes ni alhamdulillah gas bukan beracun yang membahayakan kesihatan. Juga bukan gas berasid yang boleh makan sistem aircond kereta. Jadi kami keluarkan semua dan isi semula gas yang betul ok la.

Kalau gas beracun atau berasid, memang masak!

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Upgrade

Kenapa Perlu Upgrade Sistem Aircond MyVi Lama?

Ada orang tanya kalau upgrade tukar semua kenapa tak hantar balik kilang Perodua je terus? Service center Perodua pun tak boleh setel ke? Ini jawapan pelanggan kami En. Zakirin:

Salam pakai myvi ke…model 2005 n 2011…pengalaman saya sebagai user…sistem myvi model nih kku dah hitam memang xdapat nak buat service je…nati penyakit datang balik…dengan harga 2500 untuk semua termasuk compressor, condenser, cooling coil,denso block valve,termistor,high speed radiator fan dan yang penting skali termasuk semua paip n hos..harga yang ditawarkan memang murah…saya dah pergi ke kedai yang lain yang popular dan ade cawangan di shah alam pun..dah dekat 3500 termsuk gst..apa yang beza..sebab diorang charge mahal untuk part terutamanya compressor..

 

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube