Categories
Soalan

Jangan ON Aircond selalu?

Sistem aircond tidak boleh ON selalu?

Dikhuatiri gas cepat habis?

Bila dah ON, kena OFF, tak boleh ON terus?

Jadi apa gunanya ada sistem aircond?

ON selalu je, nanti katanya gas akan cepat habiskan.

Sebenarnya tak perlu ON OFF, atau kejap buka dan tutup tingkap.

Gas takkan habis selagi takde kebocoran dan gas takkan ke mana-mana.

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Komponen Soalan

Kenapa Kipas Rosak Paip Bocor?

Kami membuat satu ujikaji berkenaan hubung kait antara satu kompenen yang penting iaitu ‘condenser fan’, atau ‘radiator fan’.

Kebiasaanya, kompenen condenser fan tidak jelas kelihatan kerana terletak dii bahagian dalam enjin, atau di belakang front grill kereta. Ada sesetengah kereta pula, condenser dan radiator disekalikan, atau diasingkan mengikut pembuatan pengilang masing-masing.

Fungsi utama kipas ini adalah untuk menyejukkan gas R134a  yang masuk ke dalam condenser.

Apa akan terjadi jika kipas ini tidak bekerja dengan baik? Atau putaran kipas tidak cukup laju?

Hos paip ini akan berpotensi untuk bocor. Bagaimana paip ini akan bocor?

Ujian pada kali ini menggunakan MyVi  dengan meter 1000RPm, serta sambungan suction dan discharge port pada diagnos machine.

Bagi keadaan normal ini, bacaan HP pada mesin adalah antara 11-12.

Apa yang berlaku jika kipas tidak berfungsi dengan baik?

Seterusnya, ujikaji diteruskan dengan mencabut bekalan elektrik kepada condenser fan menyebabakan condenser fan tidak dapat berputar. Condenser fan mati,  dan enjin dihidupkan.

Bagi keadaan ini, bacaan HP pada mesin naik mendadak! Bacaan naik begitu cepat sehingga ke 24 atau 25. Dan kereta Ini masih di dalam keadaan ‘idling’, tidak bergerak.

Bayangkan jika kereta sedang bergerak!

Ini menyebabkan, aliran gas pada paip bertekanan tinggi dan bersuhu tinggi, dan menyebabakan kebocoran pada paip – samada clamp, o ring, kerana tekanan yang terlalu tinggi.

Hanya dengan rosaknya condenser fan, paip berpotensi tinggi untuk bocor.

Ikuti penerangan bervisual oleh Tuan Farish Hamzah di sini:

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Komponen

Diagnosis Aircond Kereta Tanpa Alat

Tanpa guna apa-apa, kita boleh diagnos atau selidik secara kasar tentang keadaan aircond kereta kita.

Pertama, sentuh dengan tangan pada liquid tube, sepatutnya boleh pegang dalam masa 5 saat, baru kita panas. Maknanya suam, antara kiraan 5-10 saat, kita masih boleh pegang tube tersebut. Test pertama menunjukkan ia berjalan dengan baik.

Kedua, discharge tube. Aliran dari compressor ke condensor, bermakna high pressure dan high temperature, sepatutnya lebih panas daripada liquid tube tadi.

Bagi kereta MyVi, pada bahagian lock bonet hadapan, cuba masukkan empat jari (dua pun ok dah) utama anda ke bahagian dasar. Kita sepatutnya rasa panas instantly, ayat mudahnya, tak boleh tahan langsung panas. Bermakna ia berkeadaan normal.

Apabila aliran daripada liquid tube lebih sejuk dr discharge, bermakna cooling coil bekerja dengan normal.

Ketiga, suction host atau pipe. Halakan tangan anda ke bahagian bucu kiri bahagian enjin, terdapat satu kabel besi yang keras. Pada keadaan biasa, ia kelihatan ‘berpeluh-peluh’ ataupun berair. Apabila dipegang, rasa sejuknya seperti ais.

Jika semua ini berlaku, bermakna sistem aircond kita berjalan dengan baik.

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Komponen

Kenali Compressor Aircond Kereta.

Mudah sahaja untuk kita mengenali compressor aircond ini. Pada compressor terdapat bahagian yang dikenali sebagai ‘magnetic clutch’.

Kemudian ada dua port untuk aliran keluar masuk, ‘suction’ and ‘discharge port’. Satu untuk masuk dan keluar.

Compressor pula ada pelbagai jenis.

Jenis yang pertama kebiasaanya ‘vane type’, terdapat satu ‘rongga mampatan’ pada compressor ini.

Jenis kedua pula adalah ‘Piston type’.

Itu sahaja.

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Komponen

Berbaloi ke cuci cooling coil?

Kami ada melakukan satu demonstrasi mencuci cooling coil dengan acid. Untuk ujian ini, kami menggunakan asid berlabel acidic 916. Terdapat satu nota pada botol asid tersebut iaitu “Sekiranya kotor yg terlalu teruk, boleh guna terus. Tidak perlu untuk campurkan dengan air”. Macam tu lah maksudnya.

Kami tuangkan asid ke permukaan cooling coil dan biarkan selama beberapa minit.

Apabila telah bersihkan, dan dibilas dengan air, kita tidak akan dapat bersihkan cooling coil sepenuhnya.

Jika sebelum ni tidak nampak apa-apa defect pada cooling coil ni, sekarang kelihatan beberapa kesan seperti kemek.

Kemudian, ujian ‘leak test’ akan dibuat. Kebiasaannya, akan ada bocor. Tak boleh guna jugak cooling coil ini, perlu ditukar juga. Itulah yang diterangkan oleh Tuan Ismail Hj. Ali di dalam video ini:

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Soalan

Perlu Ke Panaskan Enjin Sebelum On Aircond?

Secara asas, ya, enjin perlu ‘warm up’. Kenapa?

Sebenarnya warm up ini bukannya hendak menjaga sistem aircond, tetapi lebih kepada penjagaan enjin dan prestasi enjin.

Apabila kita biarkan enjin warm up, kita akan dapat suhu optimum untuk enjin bekerja, dan suhu komponen-komponen lain untuk bekerja secara optimum.

Contoh, suhu optimum pada minyak pelincir akan mengurangkan ‘friction’ atau geseran.

Suhu optimum juga akan mengelakkan penggunaan bahan api tinggi bagi injector.

Bagaimana faktor-faktor ini diperlukan atau dikaitkan dengan aircond?

Bila semua suhu tak optimum, kadar geseran tinggi, nisbah pelarasan bahan api tak dapat dicapai. Salah satu elemen yang diambil kira adalah water temperature. Injector akan bagi bahan api yang tinggi. Makan minyak lah orang kata.

Kita juga maklum, aircond adalah beban.

Apabila ON je aircond, compressor perlu bekerja, dan memberikan beban lagi tinggi pada enjin. Enjin perlu kerja lebih.

Jadi waktu bila yang sesuai nk ON aricond ni?

Nasihat kami, sebaik-baiknya, selepas 5 minit dah start, apabila tengok meter RPM (revolution per minute) dah stabil. Jika perasan, sebaik sahaja kita ON engine, bacaan meter RPM awal-awal itu tinggi, ada mencecah 2000RPM, 3000RPM, kemudian lama-lama menurun sehingga menjadi 1000RPM. Waktu ini, RPM telah stabil. Enjin dalam keadaan baik untuk mula bergerak.

‘Fuel correction’ juga dah buat minimum correction.

So, that’s the best time to turn on the aircond. Waktu terbaik untuk ON aircond, lebih kurang 5 minit. Cuba baca atau dengar semula Tuan Farish Hamzah terangkan dalam video ini:

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Komponen Soalan Upgrade

Tambah Kipas Aircond Lebih Sejuk?

Ada pelanggan bertanya kepada kami,

“Kalau tambah kipas lagi sejuk ke nnt? Kipas kat condenser, bahagian depan tu.”

Ermmm. Subjektif ni.

Tetapi bagi kami, sebenarnya dengan menambah kipas ni, ia cuma mempercepatkan tempoh masa aircond untuk sejuk, anggaran dalam 2 hingga ke 3 minit awal. Dengan kata lain, sejuk cuma lebih cepat.

Untuk bagi aircond tu LAGI sejuk, kurang tepat kerana aircond mempunyai cara kawalan tersendiri, kawalan suhu, cut in, cut off, semua telah disetkan secara automatik.

Jadi, dengan menambah kipas tidak membuatkan aircond tu lebih sejuk, cuma sejuk cepat sedikit sahaja.

Tidak percaya? Tuan Farish Hamzah ada terangkan didalam video ini:

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Soalan

Bila Jem Tak Sejuk?

Ada masa aircond tak sejuk? Tak sejuk waktu tengahari? Waktu malam je sejuk?Aircond tak sejuk masa tengah berhenti atau dalam traffic jam?

Tapi apabila kereta bergerak, aircond sejuk balik?

Pelik! Aircond pun boleh moody? Betul ke ni?

Kita ada dapat kes seperti ini pada kereta pelanggan kami, Proton Saga BLM.

Pertama sekali yang kami siasat, adalah ketulenan gas. Daripada hasil peneliitian, alhamdulillah gas tersebut pure 100% R134a, tiada campuran. Satu masalah settle (selesai).

Kedua, jumlah isipadu atau spesifikasi gas yang patut ada. Jadi daripada ujian yang kita buat, jumlah gas tersebut kurang daripada sepatutnya. Bawah daripada separuh. Ini indikator penting yang memberikan tanda mungkin berlaku kebocoran.

Jadi yang ketiga kita lakukan, ujian kebocoran atau ‘leak test’ dengan menggunakan ‘diagnos machine’ atau mesin diagnosis. Dengan alat ini, kita dapat menilai jumlah kebocoran.

Hasilnya, kita dapat pastikan memang berlaku kebocoran halus di dalam sistem aircond dan kebocoran inilah yang menyebabkan gas R134a tadi tu hilang.

Kaedah baik pulih tercepat dan tepat adalah dengan menggunakan cecair ‘leak stop’ untuk menampal kebocoran tersebut. Cuma ‘inject’ masuk dengan amaun dan kaedah yang betul dan buat ujian semula.

Kita dapati ‘compressor’ dalam keadaan baik, komponen lain baik, maka sistem dapat berjalan dengan baik. Jadi, ini antara salah satu ‘case study’ pelanggan kami.

Anda tidak puas hati membaca penerangan ini? Jemput tonton penerangan oleh Tuan Farish Hamzah di dalam video ini:

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Komponen

Kenali Komponen Aircond Kereta

Kita akan memperkenalkan sistem aircond di dalam kereta satu demi satu supaya lebih jelas di mana kedudukannya dan fungsi setiap komponen.

Kita mulakan dengan jantung sistem aircond iaitu ‘compressor’ (disebut kom-pres-ser).

‘Compressor’ akan menguruskan aliran keluar masuk gas, seperti mana jantung kita yang menjaga aliran keluar masuk darah.

Aliran gas keluar dari compressor akan mengalir masuk ke dalam komponen ‘condenser’ (disebut kon-den-ser). Di sini, gas R134a atau R12 disejukkan sebanyak dua kali. Pertama dengan putaran kipas condenser. Kedua, disejukkan daripada satu bentuk gas yang mampat ke cecair.

R134a atau R12 yang telah menjadi cecair yang sejuk ini akan masuk pula ke dalam penapis ‘filter dryer’, dimana kelembapan gas ditapis.

Aliran gas akan mengalir pula ke dalam ‘expansion block (atau valve)’ supaya dapat ditukarkan kepada sebagai satu semburan dalam bentuk kabus.

Kabus ini mengalir masuk ke dalam ‘evaporator’ supaya disini mudah nanti R134a atau R12 mengalami ‘boiling point’ seteruskan menyejukkan sistem.

Blower, di bahagian belakang ‘evaporator’ akan menolak angin sejuk yang kita rasai di dalam kereta supaya kita berasa selesa.

Aliran tersebut tidak berhenti disitu, aliran ini akan masuk semula ke compressor melalui proses yang sama.

Begitulah sistem asas untuk aircond bekerja.

Jom tonton video berikut untuk melihat penerangan Farish Hamzah dengan lebih jelas.

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Categories
Soalan

Jangan Top Up Gas!

Selalu terjadi pada kereta kita, jika air-conditiner tak sejuk-sejuk, apa yang kita selalu buat adalah top up gas. Sebenarnya praktis sebegini telah lama dilakukan di Malaysia. Tetapi betul ke?

Sebenarnya tidak perlu.

Aircond kereta terletak di dalam ‘close loop system’, atau sistem kitaran yang tertutup. Jika berlaku kebocoran, contohnya di cooling coil atau mana2 komponen, disitulah berlakunya kebocoran gas.

Kebocoran itu pula sebenarnya membuatkan bukan gas sahaja yang keluar, tetapi minyak compressor turut dikeluarkan bersama.

Kebanyakan praktis kedai, mereka hanya top up gas itu sahaja sebenarnya.

Gas aircond pula terdiri daripada dua jenis, iaitu biasanya, R12 dan R134a.

Teknologi kereta terkini kebanyakan menggunakan R134a kerana penggunaan R12 telah diharamkan untuk menjaga kesejahteraan alam sekitar.

Kita ambil satu contoh, kereta MyVi. MyVi menggunakan gas R134a. Jadi kalau nak topup, pastikan gas r134a yang dimasukkan. Perhatikan label pada tong gas kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab akan cuba meletakkan gas R12 ke dalam sistem.

Apabila bercampur, sistem akan tercemar dan boleh menyebakan kerosakan.

Berbalik pada persoalan tadi, jika gas sahaja yang dimasukkan, aircond akan bekerja tanpa ada minyak dan akan merosakkan compressor.

Jadi, kalau aircond rosak, jangan topup gas terus.

Pastikan kebocoran dimana dahulu, baiki kebocoran tersebut, baru isi semula gas. Jika kita teruskan amalan yang tiada asas ini, itu sebenarnya permulaan kepada bencana yang lebih besar untuk seluruh sistem aircond kereta kita.

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube