Categories
Komponen

Kenali Komponen Aircond Kereta

Kita akan memperkenalkan sistem aircond di dalam kereta satu demi satu supaya lebih jelas di mana kedudukannya dan fungsi setiap komponen.

Kita mulakan dengan jantung sistem aircond iaitu ‘compressor’ (disebut kom-pres-ser).

‘Compressor’ akan menguruskan aliran keluar masuk gas, seperti mana jantung kita yang menjaga aliran keluar masuk darah.

Aliran gas keluar dari compressor akan mengalir masuk ke dalam komponen ‘condenser’ (disebut kon-den-ser). Di sini, gas R134a atau R12 disejukkan sebanyak dua kali. Pertama dengan putaran kipas condenser. Kedua, disejukkan daripada satu bentuk gas yang mampat ke cecair.

R134a atau R12 yang telah menjadi cecair yang sejuk ini akan masuk pula ke dalam penapis ‘filter dryer’, dimana kelembapan gas ditapis.

Aliran gas akan mengalir pula ke dalam ‘expansion block (atau valve)’ supaya dapat ditukarkan kepada sebagai satu semburan dalam bentuk kabus.

Kabus ini mengalir masuk ke dalam ‘evaporator’ supaya disini mudah nanti R134a atau R12 mengalami ‘boiling point’ seteruskan menyejukkan sistem.

Blower, di bahagian belakang ‘evaporator’ akan menolak angin sejuk yang kita rasai di dalam kereta supaya kita berasa selesa.

Aliran tersebut tidak berhenti disitu, aliran ini akan masuk semula ke compressor melalui proses yang sama.

Begitulah sistem asas untuk aircond bekerja.

Jom tonton video berikut untuk melihat penerangan Farish Hamzah dengan lebih jelas.

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *