Categories
Soalan

Jangan Top Up Gas!

Selalu terjadi pada kereta kita, jika air-conditiner tak sejuk-sejuk, apa yang kita selalu buat adalah top up gas. Sebenarnya praktis sebegini telah lama dilakukan di Malaysia. Tetapi betul ke?

Sebenarnya tidak perlu.

Aircond kereta terletak di dalam ‘close loop system’, atau sistem kitaran yang tertutup. Jika berlaku kebocoran, contohnya di cooling coil atau mana2 komponen, disitulah berlakunya kebocoran gas.

Kebocoran itu pula sebenarnya membuatkan bukan gas sahaja yang keluar, tetapi minyak compressor turut dikeluarkan bersama.

Kebanyakan praktis kedai, mereka hanya top up gas itu sahaja sebenarnya.

Gas aircond pula terdiri daripada dua jenis, iaitu biasanya, R12 dan R134a.

Teknologi kereta terkini kebanyakan menggunakan R134a kerana penggunaan R12 telah diharamkan untuk menjaga kesejahteraan alam sekitar.

Kita ambil satu contoh, kereta MyVi. MyVi menggunakan gas R134a. Jadi kalau nak topup, pastikan gas r134a yang dimasukkan. Perhatikan label pada tong gas kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab akan cuba meletakkan gas R12 ke dalam sistem.

Apabila bercampur, sistem akan tercemar dan boleh menyebakan kerosakan.

Berbalik pada persoalan tadi, jika gas sahaja yang dimasukkan, aircond akan bekerja tanpa ada minyak dan akan merosakkan compressor.

Jadi, kalau aircond rosak, jangan topup gas terus.

Pastikan kebocoran dimana dahulu, baiki kebocoran tersebut, baru isi semula gas. Jika kita teruskan amalan yang tiada asas ini, itu sebenarnya permulaan kepada bencana yang lebih besar untuk seluruh sistem aircond kereta kita.

--

Dapatkan eBook Diagnosis Aircond Kereta 

Subscribe Channel Kami di YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *